Makluman kepada semua guru SK Seri Jaya

Semua Guru SK Seri Jaya

Salam,

TARIKH MESYUARAT SESI 2013 SK SERI JAYA

Perkara di atas dirujuk.

2.   Berikut adalah tarikh Mesyuarat bagi sesi 2013

24 Disember 2012              LADAP KSSR Tahun 3      (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, PJ
25 Disember 2012              Cuti Hari Krismas
26 Disember 2012              LADAP KSSR Tahun 3      (Lain-lain mata pelajaran)

Masa Berkursus     = 8.30pagi hingga 12.30 tgh hari
* Guru yang hadir kursus akan berikan LDP mengikut tajuk masing-masing.
KEHADIRAN BAGI LADAP DI ATAS ADALAH WAJIB.KEBENARAN TIDAK HADIR HANYA DENGAN KEBENARAN GURU BESAR SAHAJA.

27 Disember 2012             Mesyuarat Guru 1 dan Mesyuarat Kurikulum 1 (Wajib)
28 Disember 2012             Pendaftaran Murid Tahun 1 (Wajib)
31 Disember 2012             Mesyuarat HEM dan Kokurikulum 1 (Wajib)

(Masa                               8.00 pagi )
1 Januari 2013                  Cuti Tahun Baru
2 Januari 2013                  Hari Pertama Sekolah

Semua Guru adalah diwajibkan hadir bagi semua perjumpaan di atas.Sekiranya tidak dapat hadir, sila maklumkan kepada Guru Besar seberapa segera.

Sekian, terima kasih

Perkhemahan Unit Beruniform, Bestari Solat, Kembara Pra Sekolah

Ahad – 22 April

SK Seri Jaya telah mengadakan 3 aktiviti yang melibatkan murid Pra Sekolah bagi aktiviti Kembara Pra Sekolah, Aktiiviti Bestari Solat bagi murid Tahap 1 dan Hari Kokurikulum bagi Unit Beruniform di sekolah. Acara tersebut berlangsung dari pukul 7.30 pagi hinnga 1.00 petang.

Antara pertandingan dan aktiviti yang dijalankan untuk Unit Beruniform ialah Pertandingan Kawad Kaki, Pertandingan Memasak dan Pertandingan Gubahan, manakala bagi Kembara Pra Sekolah pula diadakan aktiviti Kawad, Sukanika, mendirikan khemah dan Chapan.

Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Puan Guru Besar SK Seri Jaya. Murid-murid yang berjaya di dalam pertandingan telah mendapat hadiah.